SELAMAT DATANG KE BLOG OTAISYM BIKERS

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog OtaiSym Bikers Club

Sunday, July 18, 2010

konvoi Penang Melaka Port Dikson Kuala Lumpur Genting Higland Penang

Pada 9/7/2010 yang lepas Otai Bikers Sym telah bebesar hati menjelajah dan menikmati keindahan bumi ciptaan ALLAH SWT. bermula dari stesyen petronas seberang jaya berhadapan JPJ majlis bermula dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul meminta keberkatan,ketenangan dan keselamatan bagi melancarkan perjalanan pergi dan pulang.... Perjalanan sedikit sedikit tercacat apabila terpaksa berpecah kerana kesesakkan lalulintas di atas higway..konvoi bertemu semula di hentian bukit gantang untuk sarapan pagi. selesai menjamu selera konvoi bergerak mengikut jalan lama dari kuala kangsar ke jelapang Ipoh. Konvoi memasuki semula higways di Tol Jelapang seterusnya ke hentian tapah untuk mengisi minyak motor masing-masing.konvoi meneruskan perjalanan lagi seterusnya ke hentian sungai buluh, di situ para Biker berhenti untuk menghilangkan penant, menjamu selera dan menunaikan perintah ALLAH SWT Secara berjemaah. para Bikers dengan hati yang tenang meneruskan lagi perjalanan untuk menuju ke destinasi iaitu Melaka Bak Kata PreSident Abang Asrul "KITA BUKAN NAK ENJOY DI TEPI HIGWAYS" hahahaha seterusnya bikers meneruskan perjalanan dan berhenti seketika di stesyen minyak petronas Air Keroh Untuk mengisi Minyak masing-masing dan seterusnya ke Melaka Raya iaitu tempat penginapan yang telah di tempah oleh Cikgu Shah Kawan lama Cikgu Man. konvoi tiba tepat jam 6.15 petang . Pada sebelah malam nya pula Otai Sym Bikers Club telah di jemput untuk Makan Malam anjuran Kerajaan Negeri Melaka. setelah selesai menjamu selera konvoi bersiar-siar di kawasan sungai melaka dan menaiki menara taming sari. Selesai bersiar-siar di kawasan Bandar melaka Konvoi pulang Ke apartment untuk merehatkan Badan Masing-masing.






Hari Kedua 10/7/2010 Sabtu
Konvoi sekali lagi bersiar-siar pada waktu pagi serta bershopping di kawasan Bandar Melaka selesai kesemuanya konvoi bergerak menuju ke Kuala Lumpur untuk aktiviti seterusnya berjumpa GTS Riders Kuala lumpur.konvoi berhenti untuk melihat Lautan yang luas ciptaan ALLAH SWT konvoi berhenti di pantai PORT DIKSON untuk menjamu selera Masak Lomak Cili Api OooOooOo dan menunaikan solat di masjid yang berhampiran. Perjalanan yang begitu mengasyikan ini di sambut dengan hujan apabila konvoi memasuki negeri Kuala Lumpur tapi itu semua tidak melunturkan hati-hati otai sym bikers untuk meneruskan perjalanan. Konvoi tiba di tempat penginapan diHotel Budget Gombak pada pukul 6.30 petang. Pada pukul 7 petang wakil dari GTS Riders En Zaidi telah datang ke hotel untuk mengalu-alukan kedatangan para bikers. Pada pukul 9.00 sekali lagi wakil GTS Riders mengiringi kami ke Kompleks Gurney Di Ampang. Otai Sym Bikers Merasa Sangat berbesar hati di atas layanan ala-ala VVIP yang telah dilakukan oleh geng GTS riders Pihak Otai sym Club merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Geng GTS riders Papa lote President Gts Riders En. Wadi Naib President GTS Riders, En Zaidi, En Taliban Dan Kepada semua yang terlibat secara langsung bagi memeriahkan majlis ini YOU ALL MEMANG BEST AND KAMCING INSYALLAH JUMPA DI GOPENG di samping itu juga Pihak Kompleks Gurney telah memberi pernghormatan kepada Otai Bikers Club untuk menampalkan Stikers menandakan Kedatangan Otai Sym Bikers ke tempat tersebut di faham kan tempat tersebut baru di ambil alih oleh Citra alti iaitu usahawan bumiputera. Tempat itu juga secara rasminya akan menjadi POT geng GTS riders selepas ini. Selesai acara makan-makan dan beramah mesra sekali lagi Otai sym Bikers dan GTS riders Berkonvoi bersama-sama Pusing town serta menghantar konvoi kembali ke hotel sekali lagi terima kasih yang tak terhingga di ucapkan kepada Para-para Bikers GTS Riders memang sporting habis ngan you all Pada malam itu juga jejak kasih telah tercipta apabila Kak Ita telah berjumpa dengan Rakan Sekampungnya yang juga Isteri salah sorang Biker GTS Riders yang sudah lama tidak bersua inilah yang dikatakan Ukhuwah.






Hari ketiga 11/7/2010 Ahad
Selesai sarapan pagi konvoi telah bersetuju beramai-ramai untuk menuju ke puncak GENTING HIGLANDS dengan penuh keazaman dan semangat yang jitu konvoi telah berlepas menuju kepuncak tepat jam 12.15 t/hari konvoi Berjaya menawan puncak genting highlands dengan selamat. Selesai seisi bergambar dan ronda-ronda di atas puncak konvoi telah bertolak meneruskan perjalanan pulang. Konvoi sekali lagi berhenti di restoran nasi ayam untuk menjamu selera beramai-ramai. Selesai menjamu selera konvoi telah meneruskan perjalanan dan berhenti di hentian Tapah untuk menunaikan solat berjemaah setelah selesai berjemaah konvoi bersalam-salaman, bertemu pipi ke pipi peluk berpelukkan untuk mengucapkan tanda selamat berpisah sementara kepada semua all riders Otai Biker Club sememangnya di wajah semua para bikers menimbulkan wajah-wajah kepuasaan dan keseronokkan dan ada yang bertanya tarikh untuk konvoi seterusnya begitulah semangatnya para biker untuk menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH S.W.T. Thanks a Lot for All Riders Otai Sym Bikers di atas sporting kalian di dalam semua hal alhamdulilah kita semua selamat pergi dan selamat pulang berbagai2 iktibar dan pengalaman kita dapat kongsi bersama…………..jumpa lagi di konvoi Kelantan………………….


gambaq akan bersambung kemudian serve internet benar-benar menguji tahap kesabaran otaisym......