SELAMAT DATANG KE BLOG OTAISYM BIKERS

Selamat Datang dan Selamat Melawat Blog OtaiSym Bikers Club

Sunday, June 27, 2010

Bersantai di kuala kangsar

Pada 26 hb Jun yang lepas bikers Otai sym telah berkonvoi ke Kuala Kangsar Perak mengikuti jalan lama dari shell juru ke Tol Jawi dan dari jawi melalui jalan lama hingga ke pekan kuala kangsar. Semua rides tidak berpuas hati kerana merasakan perjalanan yang begitu singkat dan tidak merasa kepuasan menunggang SYM yang di miliki oleh para rider. Berikut ada mencadangkan agar perjalanan di teruskan lagi ke Ipoh dan ada juga yang mencadangkan perjalanan ke cameron highland, tetapi oleh kerana kesuntukkan masa para riders akur dan berpuas hati hanya di kuala kangsar sahaja.Sebelum Tuan president membawa para rider melilau-lilau upacara melekatkan stiker secara rasminya di tepi sungai perak selepas pada itu Lead Rider Kuala kangsar iaitu TUAN PRESIDENT OTAISYM BIKERS Abang Asrul dengan penuh kembangnya membawa para rider melilau-lilau ke istana lama, Istana Baru, Masjid Ubudiah perhentian sayong, Rumah Ibunda Beliau akhir sekali para riders bermandi-manda di Lata Ulu Kenas. Ada juga para riders yang terlepas peluang berendam di dalam air yang sejuk lagi menyegarkan ituuu apa2 pun nanti kita p len naaa......
Dalam perjalanan pulang para riders singgah sebentar di changkat jering untuk menjamu mee udang sambil menemani Abang Mohd Noor berbuka puasa, kata kak ita kat kuala sepetang best lagiii.... takpa....takpa akak nanti kiter ride ke Ulu Kenas kita singgah Di Kuala sepetang Plak naaaa Jangan Kecewaaaaaa.... para rider telah berhenti seketika untuk bersolat jemaah di hentian sebelah bukit gantang sebelum bersalam-salaman dan brtemu pipi masing-masing hahhahahaaha.....semua rider sungguh enjoy and happening kerana satu keluarga yang besar bertemu dan berpisah semua para ride tidak sabar2 lagi menunggu hari untuk RIDE KE MELAKA.


























Sunday, June 6, 2010

Pelancaran Motor Baru SYM dan Jemputan kenduri Cikgu Man

Pada hari sabtu yang lalu bersamaan 5hb Jun 2010, SYM Malaysia telah menjemput Otaisym Bikers, SYM Fans Club bersama-sama GTS Rider dari Kuala Lumpur, Pemilik-Pemilik motorsikal berkuasa tinggi dan pemilik-pemilik motor berjenama SYM menghadiri majlis pelancaran model terbaru SYM. OSB mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan majlis tersebut.
Pada sebelah petangnya pula ahli-ahli Otaisym Biker beramai-ramai memeriahkan majlis perkahwinan adik Cikgu Man di kampung Jawa, Kuala Ketil.Jutaan thank you kepada Cikgu Man N family di atas jemputan tersebut. Gulai Batang pisang memang Kawwww habisssss...... Selamat Pengantin Baru kepada Pasangan pengantin Didoakan Berkekalan Hingga akhir Hayat.........

*gambar akan disusuli nanti

Jemputan Meraikan Anak-anak Yatim

pada 4hb jun yang lalu Otaisym bikers club telah di jemput untuk meraikan anak-anak yatim didalam satu majlis yang diuruskan oleh pihak EKSPO USAHAWAN BUMIPUTRA bertempat di tapak Ekspo Seberang Jaya. Satu majlis khas telah dijalankan di mana pihak ekspo telah memberi penghormatan kepada Otaisym Biker club apabila menjemput President Club Otaisym Bikers untuk duduk bersama-sama diatas pentas bersama-sama Dif-Dif terhormat dan seterus nya memberi sumbangan kepada anak-anak yatim tersebut. Terima kasih tak terhingga kepada En BOB pengurus Ekspo Usahawan Bumiputra dan kepada mereka yang turut terlibat secara langsung bagi menjayakan program tersebut, tidak di lupa kan juga kepada Abang-abang Polis specialy Tuan Fairus dan anggota-anggotanya yang sudi datang bagi memeriahkan majlis tersebut. Ada Masa Kita ride bersama-sama

Jemputan ke kenduri kahwin Ahli OtaiSym Bikers

Selamat Pengantin Baru kepada Ahli Otaisym bikers. En. Anas dan pasangannya Pn.Malia.
Semua ahli OSB Mendoakan kebahgian dan kesejahteraan semoga berkekalan hingga ke akhir nyawa.....Otaisym Bikers juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas layanan istemewa pengantin dan tuan rumah.....


*nanti kita tambah gambar naaaaa